Assalamualaikum...
Disini Cikgu nak promote salah satu hobi Cikgu masa takder kerja...free time gitu. Selain dari surf blog kengkawan dan tulis blog ada satu lagi hobi Cikgu...selesaikan Sudoku.
Ramai yang kurang berminat untuk main Sudoku sebab dia melibatkan nombor. Biler nampak nombor...ramai teringat Matematik [subjek sangat besh Cikgu ajar]. Biler ingat Matematik sumer ngeluh...[nape ek??].
Untuk pengetahuan ramai...Sudoku takder kena ngena sangat dengan pengiraan. Nombor digunakan sebab itu paling mudah berbanding dengan alphabet. Sudoku adalah satu puzzle yang menguji keupayaan seseorang untuk berfikir secara logik. Ingat...TIADA PENGIRAAN TERLIBAT.
Memang masa mula2 ada anak murid bagi Cikgu puzzle nih terkial2 juga menyelesaikannya, tapi alhamdulillah sekarang Cikgu dah bleh selesaikan puzzle hardcore dibawah 10 minit...
Permainan ini meransang otak untuk sentiasa berfikiran logik. Semakin pantas kita menyelesaikannya semakin cekaplah otak kita untuk membuat sesuatu keputusan. Terutama keputusan yang memerlukan reflex.
Untuk mereka yang berminat untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir secara logik...cubalah selesaikan puzzle Sudoku yang ada dalam blog Cikgu nih...diharap semua dapat enjoy dengan apa yang Cikgu enjoy buat di waktu lapang...
p.s: Untuk Beginner...sila cuba very easy dahulu...untuk elakkan sebarang kemungkinan diserang migrain. hehehe. Enjoy!!
Sudoku anybody??
Snippet | Friday, April 27, 2007
This entry was posted on Friday, April 27, 2007
and is filed under
Snippet
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment(s):
Post a Comment