Ordinary Teacher

Veto

| Friday, June 8, 2007

Assalamualaikum,

Cikgu nih dah dua minggu dok train budak main pingpong untuk kejohanan sukan yang akan diadakan pertengahan bulan Ogos nanti kat Kedah. Minggu lepas Cikgu dok bagi derang training jer main2 pukul2 gitu.

Awal minggu nih Cikgu telah mula melakukan penyingkiran pemain2 yang kurang mahir dengan menggunakan perlawanan kalah mati. Cikgu padankan antara yang tere dengan yang tak tere. Akhirnya Cikgu dapat 9 orang yang Cikgu dah aim minggu sebelomnyer lagi...

So pemilihan pemain perseorangan sepatutnya sudah habis semalam. Tapi ada insiden yang membuatkan darah Cikgu panas.

Beberapa pemain yang Cikgu aim memang ada bakat untuk pemilihan akhir nanti dah buat hal. Pemilihan yang sepatotnya bermula pukul lima suku tergendala. Akhirnya Cikgu geram dan terus cancel pemilihan. Biarkan derang main je.

Di akhir sesi latihan Cikgu cakap nih...
"Harini awak semua dah tunjukkan satu contoh sikap yang saya tak gemar. Saya ingatkan setelah dua minggu saya dapat lihat potensi yang ada dalam diri awak semua. Tapi ini pula yang saya dapat? Kalau macam ini lah sikap awak tunjukkan, hebat macam mana pon awak jangan harap dapat masuk team saya! Saya beri pilihan, perbaiki attitude awak atau terima padahnya"

Wah...garang Cikgu ye. Akhirnya jadi Amerika kejap. Bengang betoi Cikgu. Cikgu perlukan pemain yang bersemangat bukan pemain yang syok sendiri perasan tere. Huhuhu.

p.s: Teringat kat Sir Alex Ferguson baling boot kat Beckham. Silap2 Cikgu baling bat eh silap...bola pingpong kat budak2 nih. Hehehe

0 comment(s):