Ordinary Teacher

Saturday Blues

| Saturday, September 29, 2007

Assalamualaikum,

Boring sungguh kerja hari Sabtu bulan2 pose nih. Dah dua minggu lebih dah puasa kat sini. Menu untuk buka puasa pon dah takde mood nak pikir. Apa yang terlintas dan menarik kat mata nih terus beli. Sahur pon bleh makan roti ngan air je. Dah kebal ek? Huhuhu...

Dua hari lepas abang aku kat KL eksiden. Dia naik motor hantar anak sedara aku gi tadika. Balik dari tadika ada keter makan jalan langgar dia head on. Mujur dia tak cedera teruk. Sengal2 je. Tapi motor dia bengkok. Aduh. Nak balik lawat dia, tapi masa tak mengizinkan. Kalaulah aku Superman bleh aku terbang je balik. Takder jam2. Harap dia takder kecederaan dalaman. Dia je satu2nya abang aku yang ada.

Semalam ada sesi tazkirah kat sini. Kolej menjemput sorang ustaz jemputan bagi tazkirah. Ceramah pasal bulan pose ler..apa lagi kan. Dia nih mengajar kat Kolej Komuniti kat depan tuh. Sekali dia cerita lah pasal masalah pelajar kat kolej dia tu. Pompuan pakai tudung tapi dalam rambut warna merah le...student tak puasa ler.

Yang aku paling tak setuju sekali dia sound budak2 kolej tuh yang buat rambut cacak2. Ada ke patut dia kata fesyen tuh fesyen nak masuk neraka? Tau ke jalan gi neraka tuh? Pernah pergi ke? Apa punya ustaz la. Habis kalau orang dilahirkan dengan rambut cacak2 camner? Automatik masuk neraka? Langsung takder point. Mender2 camnih mane boleh buat andaian suka hati je. Habis rambut botak tuh baik ke? Bleh masuk syurga ek? Kalau takder mender baik nak cakap baik jangan cakap langsung kan?

Habis kerja harini petang...aduh nak balik KL penat. Esok dah nak kena balik sini balik. Mana larat camnih. Tapi rindu nak sahur ngan bukak pose kat umah. Dah nasib badan.

ps: Ma....nak balik!!!

0 comment(s):