Ordinary Teacher

Hospital

| Monday, April 30, 2007

Harini Cikgu pergi hospital...adoiler. Last time Cikgu pergi Hospital tu masa nenek Cikgu masuk emergency...kalini Cikgu gi buat rawatan sket....

Sakit biasa je...tapi biasala...nak buat thorough check-up. Kadang2 rasanya pergi hospital nih baik2 tak sakit bleh sakit lah...

Sejak melangkahkan kaki masuk ke pintu hadapan hospital, bau yang menghinggap hidung Cikgu nih dah buatkan mata Cikgu berpinau seketika. Nampak cahaya2 keliling sempadan pandangan Cikgu.

Betul gak kata mama Cikgu, bila kat rumah dia ukur tekanan darah...normal...tapi biler jumpa doktor terus di tahap hypertension. Mungkin suasana kat hospital yang menyebabkan tekanan itu naik. Since darah tinggi nih adalah penyakit yang boleh diwarisi, so Cikgu pon buat lah simple medical check-up. Saje nak temankan mama.

Suasana kat hospital ini sadis ler...ramai orang, takder tempat duduk. Mungkin sebab esok lusa cuti, semua appointment dibawa ke harini kot. Aduhai silap strategi. Dalam nih pula signal telepon jam. Satu bar pon tak nampak. Bagus gak. Main sudoku kat henset pon bagus...tapi pening bau semacam dalam hospital itu yang buatkan Cikgu takleh pikir straight.

Sejam lebih tunggu doktor, Cikgu pon akhirnya dapat lah penerangan. Tekanan darah sedikit off. Doktor suruh jaga makan. Bosan ler pantang2 makan nih. Dia suruh cuba cari satu hobi...dah ada...buat sudoku. Cari jalan kurangkan stress....blah blah blah... dah banyak kali dah dengar ceramah yang sama.

Lega rasanya biler melangkahkan kaki keluar dari hospital tuh...tapi tak lalu tgk satu beg ubat yang bakal jadi suplement Cikgu nanti.

Balik tuh terus menuju Bangsar hantar borang pertandingan Sudoku kat NSTP. Harap2 menang ler...hiks. Doakan kejayaan Cikgu ok.

Esok hari pekerja...semoga mereka yang ada plan untuk bergembira esok enjoy lah ek. Penat2 korang dapat kerja untuk enjoy hari pekerja nih kan?? Hiks. Cikgu plak nak dok umah je la...bukan selalu dapat bersama famili nih.

p.s: Tak sambut hari pekerja pon takper...Hari Guru kan ada...papai.

Tips Belajar di Kolej

| Sunday, April 29, 2007

Assalamualaikum...

Cikgu cuti2 nih taktau nak buat apa selain dok buat revision untuk semester baru nanti nih...Since semester akan datang nih Cikgu akan ajar kuliah sepanjang semester...kenalah buat beberapa extra reading. Nak mantapkan lagi penyampaian supaya students dapat input yang semaksimum yang mungkin.

Cadangnya nak tulis entry ilmiah...nak citer pasal Math. Tapi eloklah terlebih dahulu Cikgu sentuh sket budaya belajar di kolej nih. This entry normally Cikgu bagi lecture kat student during my first class of the semester.

I always say to my students...

"This education institution is a place of transition between your high school lifestyle to university lifestyle".

Ada yang gelak biler Cikgu cakap camtuh. Tapi realitinya ialah disekolah, Cikgu beri segala2nya. Segala2nya disuap supaya biler keluar result peperiksaan Cikgu tak kena hentam ibu bapa sebab result student teruk. Yerlah....sejak akhir2 nih kan sumernya salah Cikgu kan? Scapegoat paling famous. Hiks.

Di universiti pula lain budayanya adik2. Pensyarah hanya pemudahcara, student kena pandai gali sendiri informasi [sori kak Ogy]. My Lecturer used to say to me..

"What you get in this lecture hall are just a C grade materials, its your extra efforts that makes you an A student".

Sampai sekarang Cikgu masih ingat nasihat itu....dan Cikgu kongsikan dengan orang lain.

Di kolej, Cikgu mainkan student macam layang2...Cikgu mengajar dan berharap pelajar akan ambil inisiatif sendiri dan pada masa yang sama membantu pelajar masa sesi tutorial... Buat camnih bukan kenapa....supaya student nanti tak 'Culture shock' biler masuk U nanti....Cikgu ada nasihat sket untuk disampaikan kepada bakal2 pelajar yang bakal melalui transaksi dari alam persekolahan ke alam universiti. Tapi rasanya Cikgu akan bagitau dalam entry yang akan datang

Apa2 pon kepada mereka yang bakal ke kolej...kalau terbaca blog Cikgu nih...harap2 dapat 'hype'kan sket korang nyer semangat nak belajar. Realiti harus ditempuhi...dan apa yang Cikgu cakap tadi adalah realiti cabaran kepada pelajar2 zaman sekarang.

...bersambung

Mengisi Kekosongan...

| Saturday, April 28, 2007

Assalamualaikum

Erm...memandangkan blog Cikgu nih masih baru. Kelihatan seperti kekosongan di beberapa tempat dalam layout Cikgu...agak2nya apa le ek?

Al-maklumler...setelah meninggalkan seketika dunia blogging nih, Cikgu banyak kehilangan kontek2 dan link2 kawan2 lama.

Recently pergi gathering msjbox.com.my pon...Cikgu macam hilang arah... sumer tak kenal. Yang kenal pon dua tiga kerat je la...itu pon sebab hadir dahulu dalam gathering2 yang mula2 dulu...ada kawan2 pon yang dah tutup bungkus blog masing2...

So apa tugas anda pembaca blog Cikgu...sekiranya berminat untuk meniggalkan nama anda dalam blog Cikgu...sila buat demikian dengan menulis link blog anda berserta dengan nama panggilan yang anda ingin Cikgu tulis dalam ruangan Link Cikgu tuh dalam msjbox yang ada kat sebelah kanan nih yer...nak kumpul balik senarai2 blogger lain..baru mahupon lama...senang kalau Cikgu nak ngeround observe apa orang lain tulis...

Ada kawan Cikgu yang suruh Cikgu jadikan blog ini sebagai blog info...dia suruh tulis pasal apa yang Cikgu tau pasal Matematik contohnya...Ingatkan nak tulis pasal liku2 kehidupan seorang Cikgu yang terlampau penat. Eheheh....tapi Cikgu blom decide lagi tema yang bakal menjadi nadi tunjang blog baru Cikgu nih...sekali lagi kalau sesiapa yang sudi berikan pandangan serta komen ataupon cadangan...bolehlah buat demikian dalam msjbox...kalau panjang...gunakanlah ruangan comment tuh yer...

Akhir kata...gunakanlah kebolehan menulis anda untuk kebaikan...dan jangan sekali2 kita menggunakan anugerah Allah ini untuk membinasakan sesama insan. Wasalam.

Sudoku anybody??

| Friday, April 27, 2007

Assalamualaikum...

Disini Cikgu nak promote salah satu hobi Cikgu masa takder kerja...free time gitu. Selain dari surf blog kengkawan dan tulis blog ada satu lagi hobi Cikgu...selesaikan Sudoku.

Ramai yang kurang berminat untuk main Sudoku sebab dia melibatkan nombor. Biler nampak nombor...ramai teringat Matematik [subjek sangat besh Cikgu ajar]. Biler ingat Matematik sumer ngeluh...[nape ek??].

Untuk pengetahuan ramai...Sudoku takder kena ngena sangat dengan pengiraan. Nombor digunakan sebab itu paling mudah berbanding dengan alphabet. Sudoku adalah satu puzzle yang menguji keupayaan seseorang untuk berfikir secara logik. Ingat...TIADA PENGIRAAN TERLIBAT.

Memang masa mula2 ada anak murid bagi Cikgu puzzle nih terkial2 juga menyelesaikannya, tapi alhamdulillah sekarang Cikgu dah bleh selesaikan puzzle hardcore dibawah 10 minit...

Permainan ini meransang otak untuk sentiasa berfikiran logik. Semakin pantas kita menyelesaikannya semakin cekaplah otak kita untuk membuat sesuatu keputusan. Terutama keputusan yang memerlukan reflex.

Untuk mereka yang berminat untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir secara logik...cubalah selesaikan puzzle Sudoku yang ada dalam blog Cikgu nih...diharap semua dapat enjoy dengan apa yang Cikgu enjoy buat di waktu lapang...

p.s: Untuk Beginner...sila cuba very easy dahulu...untuk elakkan sebarang kemungkinan diserang migrain. hehehe. Enjoy!!

Package

| Thursday, April 26, 2007

Assalamualaikum...

Harini Cikgu pergi prektis...yerlah persediaan diri untuk kembali ke kolej. Prektis apa? Cikgu harini prektis camner nak melontarkan suara. Manalah tau satu hari nanti kuliah tetiba mikrofon takleh pakai...nak kena jerit.

Tapi sebenarnya melontar suara itu bukan menjerit. Ia adalah teknik meng'amplify'kan keupayaan suara kita. Meninggikan amplitud suara agar lontarannya jauh kedengaran. Mereka yang mahir teknik ini akan tidak merasa sakit setelah melakukannya. Tapi mereka yang baru seperti Cikgu nih...lepas habis sejam beri kuliah...suara dah jadi macam Ella.

Maka dengan itu, Cikgu pergilah dengan instructor Cikgu yang bertauliah untuk melatih Cikgu. Katner? Kat mana lagi kalau bukan di Pusat Karaoke?

Cikgu telah dilatih dengan pilihan2 lagu yang agak mencabar. Dimulakan dengan lagu2 dendangan Broery Marantika yang agak sesuai dengan gaya Cikgu bercakap...cheewah. Kemudian ditingkatkan lagi kenyaringan dengan lagu Amy Search. Last skali...lagu Anuar Zain yang telah menyebakan Cikgu kesemputan. Huhuh...

Apa2pon Cikgu dah warm-up sket ler untuk kemudian hari...

Setelah penat...balik2 rumah pula sebuah bungkusan besar sedia menanti Cikgu.


Alamak...Cikgu ada terbeli barang kat e-bay ke??? Takkan ler kot...Ekor Pendek nih tak sabar nak tgk...eh...macam ko punyer plak ek?? hehehe

Koyak punyer koyak bungkusan yang dibalut dengan penuh leceh sekali...laa...memang Ekor Pendek punyer lah...


Cikgu pon assemble ler mender alah tuh...Ia sebenarnya adalah 'Tandas Si Comel'. Itulah yang tertulis pada surat yang ditampal dalam kotak tuh...



Baru ler Cikgu ingat...dua tiga bulan lepas Cikgu ada hantar entry pertandingan untuk memenangi Taman Permainan Kucing anjuran Whiskas...taktau plak ada hadiah tempat kedua dan ketiga plak...apa2 pon Ekor Pendek memang ler suka mender2 yang bleh dia nyorok tuh. Terima kasih kat Whiskas kerana menghargai customer macam Cikgu nih...


Rasanya mender nih jadi tempat nyorok Ekor Pendek je lah...maner daknyer...Ekor Pendek nih potty-trained sama macam anak2 manusia...berak pon dicebok untuk memastikan kebersihan rumah untuk tujuan beribadah. Najis tuh kalau biar kucing berak pastu jalan2 dalam rumah tak bercebok...hehehe.

Semoga Cikgu akan terus menerima free-gift lebih banyak di masa akan datang....hiks...papai

Perpindahan

| Wednesday, April 25, 2007

Assalamualaikum...

Disebabkan beberapa faktor ketidakpuasan diri dengan kualiti blog terdahulu...Cikgu mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan...ekceli kembali ke tempat asal sebenarnya.

Dulu masa mula2 Cikgu menceburkan diri dalam dunia blog ini pon melalui blogspot gak... tapi dulu susah kalau nak diedit templatenyer...al-maklumler, dulu tak reti sangat HTML. Belajar sket2 dari kawan2 sampe ler sekarang. Itu pon masih memerlukan pertolongan dalam beberapa perkara.

Sekarang nih blogspot dah versatile sket...Cikgu tgk dah user friendly sket berbanding dahulu ditambah dengan feature2 yang meng'wow'kan Cikgu...maka dengan dikesempatan yang diberikan apabila blogdrive Cikgu buat masalah...maka balik ler kembali Cikgu pakai blogspot nih. Sekarang nih banyak tools dan widget yang dapat menjadikan blog Cikgu lebih menarik berbanding dahulu....

Di kesempatan ini juga Cikgu nak ucapkan ribuan terima kasih keada semua yang telah menyokong kuat penglibatan Cikgu dalam dunia blog nih...Doakan Cikgu sentiasa sihat untuk menaburkan segala idea yang terlintas untuk tatapan rakan2 yer...