Ordinary Teacher

Spider-Man 3 Review

| Sunday, May 6, 2007

Assalamualaikum,


Cikgu ada janji dengan anak buah Cikgu untuk bawak tengok citer nih, al-maklumler dah dua movie dulu Cikgu bawak gi tengok wayang...so ke MidValley harini setelah booking tiket seawal 1.30 pagi Jumaat lepas secara online.

Memandangkan Cikgu nih seorang pembaca komik dan peminat Spider-Man yang boleh dikira berpengetahuan juga kalau orang tanya pasal latar belakang Spidey nih....ada beberapa perkara yang perlu dikomen.

Watak baru khas untuk Spider-Man 3

Bagi mereka yang tidak membaca komiknya, sudah tentu tidak akan mempersoalkan kewujudan New Goblin a.k.a Harry Osborn. Memang Harry dalam komik telah mengikuti jejak langkah ayahnya yang psycho. Tapi bukan sebagai satu character baru, Harry didalam komik telah mengambil semula identiti ayahnya Norman Osborn sebagai Green Goblin II. Satu pembaharuan yang dibuat pengarah kot.

Pemilihan Topher Grace sebagai Venom a.k.a Eddie Brock juga Cikgu rasa kurang sesuai kerana Eddie Brock asalnya adalah seorang yang bertubuh sasa dan tidak sekecil Topher Grace.

Selain daripada apa yang dipapar, memang Spider-Man 3 ini mempunyai jalan cerita yang paling menarik berbanding dengan dua filem yang terdahulu. Adakah Venom betol2 mati sedangkan Venom adalah watak musuh utama Spider-Man?

Meh Cikgu nak bagi hint....Spidey ada musoh lagi satu yang lebih ditakuti dari Venom. Namanya Carnage, dan Carnage tak mungkin wujud sekiranya Venom mati kerana mereka ada symbiote yang serupa. Venom dan Carnage a.k.a Cletus Kasady merupakan rakan sepenjara dimana sedikit symbiote itu Venom telah berpindah pada Cletus dan lahirlah Carnage. Tapi citer nih blom tentu lagi dibuat...hiks.

Adakah ini movie Spider-Man yang terakhir? Entah. Tapi musoh Spider-Man ramai. Bleh tgk kat sini untuk lihat senarai musohnya. Hiks.

Untuk penjelasan lanjut tentang dunia Spider-Man, klik sini dan baca.

Overall dari lima bintang, Cikgu bagi empat bintang untuk citer nih...

p.s: Tak sabar...ada lagi satu movie superhero...Fantastic 4: Rise of the Silver Surfer.

0 comment(s):