Ordinary Teacher

Terjah

| Thursday, May 24, 2007

Assalamualaikum

Setelah minggu pertama yang agak sibuk kerana ada banyak kecelaruan dari segi jadual dan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas, Cikgu akhirnya mempunyai masa untuk menulis coretan kat sini.

Baru2 ini kita sering dengar berita mengenai beberapa pihak yang sering kononnya 'menindas' sesebuah pihak media. Ini adalah pendapat Cikgu.

Minggu lepas, berita mengenai pengawal keselamatan di sebuah institusi pendidikan tinggi yang menghalang kemasukan pemberita kedalam kawasan universiti menimbulkan suasana yang kecoh.

Semalam pula, berita mengenai kebocoran paip di bangunan mahkamah kecoh apabila seorang pengawal berang apabila pemberita gagal meninggalkan kawasan kebocoran apabila diarah.

Masalahnya salah siapa?

Di dalam berita sudah tentunya kemenangan berpihak kepada permberita televisyen tersebut, tapi pernahkah kita terfikir punca pengawal2 ini bertindak sedemikian rupa? Takkan dengan tidak semena2 untuk marah? Kalau tiada provokasi? Jangan kita mudah menuding jari tanpa mendengar terlebih dahulu dari kedua belah pihak.

Teori Cikgu:

  • Pemberita ini bosan dengan alasan pengawal yang menyuruhnya tunggu sebentar sementara menunggu kelulusan orang atasan untuk masuk dan mempersoalkan kredibiliti pengawal tersebut. Mungkin juga berlaku satu penghinaan terhadap jawatan pengawal itu yang menyebabkan kemarahan.
  • Di mahkamah; pemberita diminta untuk meninggalkan kawasan yang dilimpahi air dengan aman, tapi pemberita enggan untuk menurut arahan dan telah mengganggu tugas pengawal tersebut yang hanya menjalankan tugas. Sekali lagi Cikgu rasa pengawal itu dicabar kesabarannya lantas hilang rasa timbang rasanya.

Apa pon, kuasa ditangan pihak penyiaran televisyen tersebut yang mencanang bahawa salah bukanlah berada dipihak mereka.

Nasihat Cikgu, sila kaji semula kesilapan sendiri sebelum beriya-iya dan bermati-matian untuk mencari kesilapan orang lain.

Bayangkan kalau salah seorang daripada pihak televisyen tersebut yang diberi tekanan yang sama diberikan kepada pengawal tadi? Bagaimana sekiranya sesi Terjah dibuat kepada salah seorang pemberita terkemuka rancangan yang berkisarkan jenayah dan bertanya kenapa dia sendiri boleh terlibat dengan dadah? Tak marahkan dia seperti pengawal tadi?

Hmmm....pikir2 ye.

p.s: Cikgu geram tengok stesen tv itu asyik nak salahkan orang lain je kerja.

0 comment(s):