Ordinary Teacher

Lanjut Lagi

| Saturday, June 30, 2007

Assalamualaikum

Suprise...aku kini menulis dari keselesaan bilik hotel di Lanjut, Rompin Pahang. Yup, kat sini derang provide wireless internet free of charge. Ye Lanjut...4 bulan lepas aku ada datang sini untuk kursus RnD.

Aku di sini atas urusan kursus. Kursus Team Building 2007 anjuran kolej aku. Tujuan kursus ni untuk membentuk satu kejelikitan antara kakitangan kolej. Kejelikitan? Bukan kemelekitan tau..alah macam nak wujudkan suasana kerjasama staff kolej ler...

Dah tiga hari aku kat sini, macam2 aktiviti dilakukan. Antara aktiviti2 itu ialah pembentukan kumpulan, Flying fox, rafting, treasure hunt, water confident dan obstacle course. Besh aktiviti2 nih...sekurang2nya lupa kejap kesibukan kerja kat kolej tuh.

Majlis pembukaan plak tetiba aku kena lantik juruacara. Geram sebab tau last minit dan kena prepare text untuk majlis yang memerlukan protokol sebab melibatkan pengarah kolej. Aduhai tak tido malam prepare ayat2. Huhuhuhu. Tak patot betoi.

Esok hari last aku kat sini. Sedih ada seronok ada, penat pon ada. Isnin kerja tetap kerja. Itu yang tetiba hilang mood mengenangkan betapa penatnya aku menjalani aktiviti2 kat sini.

Malam nih seronok sebab tentatif terakhir kena cancel sebab ada masalah sket. Bleh ler releks2 sket. Itu yang ada masa nak surf ngan tulis entry nih...nasib baik bawak laptop datang sini...

Apa pon, nak ucapkan terima kasih ler sebab ada orang yang baca lagi. Tak harap pon orang datang baca blog aku. Sekurang2nya ada tempat untuk luahkan sesuatu sekiranya takder orang nak dengar.

Peace.

0 comment(s):