Assalamualaikum
Tadi hari ke-3 berpuasa. Tak sempat tulis entry tadi sebab layan anak buah yang dah lama tak jumpa. Satu famili abang balik untuk bukak pose kat rumah. Rumah yang kebanyakan masanya sunyi tadi sedikit riuh dari biasa dengan jeritan kanak2 yang kena usik dengan pakcik derang nih...hiks.
Harini aku nak cerita sedikit pasal niat. Niat nih sesuatu yang datang dari hati. Apa yang tercetus pada saat mula hanya diketahui tuan empunya diri. Niat pula biasanya diikuti dengan perbuatan untuk merealisasikan niat tadi.
Walau bagaimanapun kadang kala perbuatan yang ditunjukkan tidak menunjukkan ciri2 niat yang mula2 dilafazkan tadi. Sebagai contoh, seseorang tu berniat untuk melakukan kebaikan kepada seseorang. Tapi mungkin ada mata yang memandang memikirkan orang itu sebenarnya berniat untuk membodek. Maka dengan itu pemetaan niat tadi sudah disalah ertikan. Sekiranya terdapat seribu mata yang memandang maka dengan itu ada seribu jugalah interpetasi orang terhadap perbuatan orang itu tadi.
Aku juga ada kalanya tergolong dalam kumpulan mata yang memandang nih...dan aku juga pernah berada dalam situasi orang yang cuba berbuat baik tadi. Persoalannya kenapa perkara ini terjadi? Jawapannya adalah sangat mudah...kerana kita manusia biasa. Apa yang termampu manusia biasa buat ialah memohon kemaafan setiap kali kesilapan dibuat. Tapi setiap manusia ada hadnya. Takkan semudah itu kesilapan dineutralkan hanya dengan kata maaf?
Dalam usaha kita cuba memperbaiki situasi adakalanya kita menemui jalan buntu dan adakalanya situasi menjadi bertambah teruk...sekali lagi akibat interpetasi manusia terhadap sesuatu masalah.
Bagaimana sebenarnya nak selesaikan masalah nih? Menutup sebelah mata? Aku sebagai seorang warga pendidik pernah berkata pada anak muridku...
"...saya kalau dah tak marah awak tak buat kerja tu...bermaksud saya dah sampai tahap menyampah lah tu..."
...maka dengan itu mereka sanggup mendengar bebelanku setiap kali masuk kelas kerana mereka tau aku masih sayangkan mereka. Aku tak sanggup biarkan derang terdampar tanpa arah tuju.
So...adakah menutup sebelah mata itu tanda kita sayang? Aku kalau ada student bermasalah dalam matematik aku tak biarkan dia begitu sahaja. Aku kaji latar belakang dia, rekod akademik dia, sape guru2 dia?...sape kawan2 dia?. Bukan untuk menjatuhkan dia...tapi untuk membantu dia. So tell me how can I be the guilty party??
Oh heck with those who misunderstood me...I don't expect them to understand. All I know is what I want and that's the most important thing.
Minggu depan nih aku nak kena deal dengan sorang budak bermasalah dalam kelas...dia bukan bodoh...tapi attitude problem.
p.s: Macam mana nak kawal temper bulan2 pose nih? Enjoy this song...
3rd day
This entry was posted on Sunday, September 16, 2007
and is filed under
Nokia
,
Ramadhan
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment(s):
Post a Comment