Ordinary Teacher

Kampungku Berpesta!!!

| Sunday, January 25, 2009

Tatkala aku dah bosan dengan permainan online Travian dan berhasrat untuk menjualnya kepada pembeli yang berminat, hari ini berlaku sesuatu perkara yang menyebabkan aku terpegun dan terpesona berlaku dalam kampung-kampungku yang ada.

Setelah log in, aku telah melihat satu animasi sedang berlaku didalam kampungku...sila lihat


Nampak tak bunga api tuh? hehehe

Mereka seolah-olah sedang meraikan sesuatu dengan percikan bunga api. Perkara ini berterusan di kesemua kampungku yang ada. Tersengih keseorangan melihat warna-warna bunga api yang menghiasi skrin. Seronoknya. Macam ada orang betul-betul hidup dalam kampung maya ini.

p.s: Masih tak tahu apa yang derang celebrate?? Apa ek? Ada idea??

0 comment(s):