Assalamualaikum,
Harini tiada tajuk yang spesifik yang ingin dibincangkan sebaliknya adalah perkembangan karier baru ini. Boleh dikatakan sejak masuk ke sini haritu tidak pernah pon dalam seminggu aku berada di pejabat 5 hari berturut2. Tiap-tiap minggu mesti ada je keluar mana2. Mesyuarat, bengkel, taklimat? Name it, I've attend it. Bukan merungut, tapi suasananya sangat berbeza.
Harini aku sendiri kat pejabat. Panggilan bertalu2 pagi tadi mintak reset password username derang. Petang nih senyap sunyi pulak. Masa untuk mengeluarkan inspirasi dengan photoshop dan buat interface yang cun2 untuk aplikasi yang kitorang bangunkan. Pendek kata aku kena pikirkan apa yang perlu dibuat selain dari arahan2 bos aku yang sekarang nih ondaway balik dari outstation.
Baru ingat nak dok opis lagi, tetiba datang surat kena gi meeting plak kat esok kat BTP. Dah jadi macam duta tetap ke sana plak. Takpe...nasib baik kerja aku banyak atas talian je. So orang bermesyuarat aku boleh settlekan kerja aku sket sambil2. Nak tgk claim aku bulan depan adakah makin naik atau makin susut. Dah asyik kuar je manjang mau tak penuh table isi claim aku tiap-tiap bulan? Bos aku plak tak kesah, asal ada arahan kuar je dia kata apa susah, kan boleh claim. So kalau bos takde aral, aku pon no hal. Hehehe.
Itu yang kawan2 lama aku sumer cakap aku dok sini relex dan asyik jalan2. Memang ya. Tapi semua itu akan dicapai sekiranya kita dapat delegate kerja dengan baik. Jangan biarkan kerja bertimbun2 sampai kita takleh nak handle dah. Pasal itu bos aku tensen, tensen sebab aku siapkan kerja cepat dan tepat (huhuhu) sampai dia taktau nak suruh watper dah. Al-maklumla, new broom sweeps well.
Satu yang pasti sejak aku dok sini, tak satu hari pon aku rasa bosan. Sebab semuanya perkara baru buat aku dan satu proses pembelajaran bagi aku. Penat ye...bosan tidak sama sekali. Harap2 aku akan dapat kekalkan perasaan ini sampe biler2. Bos aku cakap dari awal pon... "If you like challenges, then you will like it here". I hope he is right.
Entry Bebas
| Tuesday, June 30, 2009
This entry was posted on Tuesday, June 30, 2009
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment(s):
Post a Comment