Ordinary Teacher

Celcom Broadband Disfunctional

| Friday, September 25, 2009

Assalamualaikum,

Yesterday something bad happened, and today a lie have been told....


Kesesakan punca talian Celcom bermasalah

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Talian telefon mudah alih Celcom (M) Berhad di seluruh negara hari ini mengalami gangguan selama 12 jam ekoran peningkatan panggilan yang luar biasa.

Penyedia perkhidmatan talian mudah alih itu hari ini mencatatkan peningkatan lima kali ganda untuk panggilan domestik dan sembilan kali ganda bagi panggilan antarabangsa.

Pada kebiasaannya di musim perayaan, Celcom mencatatkan antara 750,000 hingga 150 juta panggilan tetapi hari ini ia dianggarkan meningkat sehingga 750 juta panggilan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly dalam penjelasannya memberitahu, peningkatan itu berpunca daripada pengguna Celcom yang telah mula kembali ke ibu kota dan melakukan panggilan hampir serentak.

''Keadaan itu menyebabkan Stesen Penerima (Node) berkapasiti tinggi milik kami di Kepong mengalami kesesakan yang teruk.

''Pada mulanya kami cuba mengatasi kesesakan itu dengan mengaktifkan Node berkapasiti tinggi kedua yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang tetapi malangnya ia turut sesak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelasnya, walaupun kesesakan itu berlaku diseluruh negara, tetapi pengguna Celcom di Lembah Klang menerima kesan paling teruk.

Menurut beliau, kesesakan talian mulai berlaku pukul 9.30 pagi dan mampu diatasi sepenuhnya pada pukul 9 malam.

Shazalli berkata, hanya perkhidmatan panggilan Celcom ke Celcom sahaja yang menghadapi masalah manakala perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, perkhidmatan jalur lebar dan panggilan ke rangkaian lain tidak terjejas.

Jelasnya lagi, gangguan panggilan itu hanya melibatkan syarikat telekomunikasi tersebut kerana majoriti pelanggan Celcom adalah masyarakat Melayu yang mana penggunaan mereka untuk panggilan dan SMS meningkat setiap kali Hari Raya Aidilfitri.

Mengenai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Celcom, Shazalli bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Jelasnya, apa yang penting pengguna boleh menikmati semula semua perkhidmatan yang ditawarkan Celcom tanpa masalah.

Shazalli seterusnya memohon maaf kepada semua pelanggan Celcom di atas kesesakan talian yang tidak dapat dielakkan itu.

Ok...here goes. I admit that they may had a problem yesterday, but I'm still not satisfied with the statement released to the press that the broadband service was not in any way affected yesterday. I even called them at 9 pm yesterday because they said that the problem was to be resolve at that time. However, I was still unable to connect to the internet through my broadband until it was 10 something. Those red highlighted italic statements quotes above was all a lie. Why don't just admit it and do something about it. Like increasing the bandwidth perhaps...I don't know. I think they should take their word back as the fastest wireless broadband service provider and shove it back into their @$$!!!.

Anyway, thankfully things are back to normal now and I hope they learn their lesson well. Don't just go bragging around as the best wireless broadband provider with no solid proof to back it up.

p.s: All my crops nearly ruined if I didn't have alternative access to the internet like TM Streamyx.

p.s 2: Wish that many customer will switch to P1WiMax and leave a big bandwidth in Celcom Broadband.....huhuhu

0 comment(s):