Assalamualaikum,
Tajuk entri di atas nih macam double meaning. 'Selepas Matematik' atau 'Kesan Susulan'. Dua-dua pon boleh lah.
Bukan apa, minggu nih minggu terakhir pembelajaran sebelum budak2 matrik nih study week dan finally exam. The ultimate exam. The final exam of all exams in matriculation. Menjadi kebiasaan minggu terakhirlah semua akan jadi super sibuk. Time camnih lah derang baru nak nampak batang idung. Ini tak paham, itu tak paham. Dulu2 taknak tanya. Huhuhu. Layan je la. Aku pon sibuk menyusun jadual untuk make sure dapat cover silibus minggu nih jugak.
Pasal 'kesan susulan' plak, actually, sedar atau tak sedar. Mahu atau tak mahu. Harini dah seminggu dah Arwah Dila pergi. Kalau orang cakap aku tak rindu, tipu lah. Puas dah kena bebel dengan semua orang sekeliling sebab nampak sangat sikap aku nih sejak akhir2 nih sedikit berubah. Mengajar dalam kelas pon kadang kala kelam kabut macam takde preparation. Tapi aku syukur sebab orang sekeliling faham situasi aku. Mungkin darjah kesan pemergiannya terhadap aku berbeza dengan orang lain kat kolej tuh sebab aku kenal arwah lebih lama. Akibatnya, untuk tiga hari aku demam panas. Kemuncaknya semalam apabila suhu badan aku mencecah 39 darjah celcius. Tangan dan telinga panas bak strika. Telinga nih macam dengar siaran tertunda 24 jam. Yang tak tahan, siap doktor pon cakap aku stres. Teruk sangat ke? Sorry ye, bukan aku mahu jadi begini, semuanya macam automatik. Takot orang kata aku over reacting plak. Tapi tuan punya badan je yang tahu isi hati.
Affaf cakap masa arwah ayah dia pergi dulu, berbulan-bulan jugak baru bleh terima keadaan. Anyway, aku dah boleh terima hakikat. Tapi flash back tetap ada, especially biler aku ngadap cubicle dia. Kadang2 macam boleh bayangkan dia dok atas kerusi dia sambil aku buat muka sememeh bagi dia gelak. Aku tak pernah fail bagi dia gelak tiap2 hari. I am going to miss that typical laugh of hers.
Anyhow, sekali lagi nak ucapkan terima kasih kat semua kenalan yang very supportive to me. Appreciate it very very much.
After Maths
Snippet | Thursday, April 2, 2009
This entry was posted on Thursday, April 02, 2009
and is filed under
Snippet
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment(s):
Post a Comment