Ordinary Teacher

Why teaching is just teaching...

| Saturday, May 26, 2007

Assalamualaikum

Dear readers,

I have began teaching last week, and I've been teaching maths in english...huehuehue.

I believe this is the first time I've written english in my new blog. That's a start. I wouldn't want my english writing skills to just go down the drain.

Regarding my enrty title. Why teachers nowadays are no longer an educator. What is the difference? Teachers for so long now have been stripped off their power to educate students. Educate means to teach not only academic, but also human relations concerning attitude.

Teachers no longer have the rights to scold or punish their students or legal actions will be taken against them. One little pinch might leave the teacher in trouble of in a court.

This is why teachers should stick to just teach. Leave the other trouble alone. If the students have bad attitude...it's their parents job. If the students end up being a crook or bad guys...it's their parents fault. Me, I decided to leave the dicipline part aside. I just wanna share my knowledge and get on with my life.

Why you might ask?

A colleague of mine recently penalised for punishing a student who didn't attend a orientation week closing ceremony and instead was found smoking in secluded areas. His father apparently have friends in higher place decided to bend the rule to save his son. My friend was put into the guilty part. The boy...moved on like nothing happened.

Cover ups? YUP!!!!

As far as I'm concern, parents nowadays are over-reacting. Back in my school days. I dare not talk to my parents about my wrong doings at school. At least I have some dignity. Parents back to those days are very serious about family reputation. A school offend means a tarnish in the family reputation and the son/daughter might end up with more smacking.

Yeah...that's life. That is what happens if you have these human rights people hanging around finding some cases.

I'm sticking with just teaching. I will only teach those who wants to learn. I still have a long way ahead of me in my career. I won't let any of these dumb spoilt brat ruin anything.

p.s: Sick and tired of head of department who doesn't have backbone and don't stick up for their teachers.

Terjah

| Thursday, May 24, 2007

Assalamualaikum

Setelah minggu pertama yang agak sibuk kerana ada banyak kecelaruan dari segi jadual dan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas, Cikgu akhirnya mempunyai masa untuk menulis coretan kat sini.

Baru2 ini kita sering dengar berita mengenai beberapa pihak yang sering kononnya 'menindas' sesebuah pihak media. Ini adalah pendapat Cikgu.

Minggu lepas, berita mengenai pengawal keselamatan di sebuah institusi pendidikan tinggi yang menghalang kemasukan pemberita kedalam kawasan universiti menimbulkan suasana yang kecoh.

Semalam pula, berita mengenai kebocoran paip di bangunan mahkamah kecoh apabila seorang pengawal berang apabila pemberita gagal meninggalkan kawasan kebocoran apabila diarah.

Masalahnya salah siapa?

Di dalam berita sudah tentunya kemenangan berpihak kepada permberita televisyen tersebut, tapi pernahkah kita terfikir punca pengawal2 ini bertindak sedemikian rupa? Takkan dengan tidak semena2 untuk marah? Kalau tiada provokasi? Jangan kita mudah menuding jari tanpa mendengar terlebih dahulu dari kedua belah pihak.

Teori Cikgu:

  • Pemberita ini bosan dengan alasan pengawal yang menyuruhnya tunggu sebentar sementara menunggu kelulusan orang atasan untuk masuk dan mempersoalkan kredibiliti pengawal tersebut. Mungkin juga berlaku satu penghinaan terhadap jawatan pengawal itu yang menyebabkan kemarahan.
  • Di mahkamah; pemberita diminta untuk meninggalkan kawasan yang dilimpahi air dengan aman, tapi pemberita enggan untuk menurut arahan dan telah mengganggu tugas pengawal tersebut yang hanya menjalankan tugas. Sekali lagi Cikgu rasa pengawal itu dicabar kesabarannya lantas hilang rasa timbang rasanya.

Apa pon, kuasa ditangan pihak penyiaran televisyen tersebut yang mencanang bahawa salah bukanlah berada dipihak mereka.

Nasihat Cikgu, sila kaji semula kesilapan sendiri sebelum beriya-iya dan bermati-matian untuk mencari kesilapan orang lain.

Bayangkan kalau salah seorang daripada pihak televisyen tersebut yang diberi tekanan yang sama diberikan kepada pengawal tadi? Bagaimana sekiranya sesi Terjah dibuat kepada salah seorang pemberita terkemuka rancangan yang berkisarkan jenayah dan bertanya kenapa dia sendiri boleh terlibat dengan dadah? Tak marahkan dia seperti pengawal tadi?

Hmmm....pikir2 ye.

p.s: Cikgu geram tengok stesen tv itu asyik nak salahkan orang lain je kerja.

D day

| Friday, May 18, 2007

Assalamualaikum,

Hari yang ditunggu berkunjung kini
Setelah berlatih berhari-hari
Malam finale hari ini
Hati berdebar gementar diri

haaa....itu dia cubaan Cikgu matematik tulis pantun...hahahah. Kelakonyer.

Finale yang dimaksudkan bukanlah konsert final AF, tapi Majlis Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Sehubungan dengan itu juga, sambutan hari guru pon juga dilangsungkan serentak.

Awal2 minggu haritu Cikgu mendapat surat yang Cikgu kena join Koir untuk menyanyikan lagu guru malam ini. Dan sejak itu juga Cikgu dan rakan2 lain prektis pagi dan petang untuk memantapkan suara serta mendapatkan melodi yang diingini.

Harini Cikgu rasa sakit tekak dah. Adoiler. Camner nak buat suara mid nih? huhuhhu. Kalau suruh buat sore soprano takpe gak...takderlah sakit sangat tekak nih. Dah tu bilangan cikgu lelaki yang sanggup koir plak sikit je. Terpaksalah lontarkan suara.

Lagu ni ada dua round. Pusingan pertama takder masalah nyanyi macam biasa. Tapi pusingan kedua tuh perlukan harmoni sket. Susah sebab dah biasa nyanyi lagu tuh kan tetiba nak tukar teknik nih...terbelit lidah.

inilah lagu yang bakal Cikgu nyanyi malam nih...

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan
p.s: Aduhlah. Susah bila orang dah cop kita bleh join mender2 alah camnih...hehehe

Margerin & Mentega

| Thursday, May 17, 2007

Assalamualaikum

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya…anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan … INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

  • tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
  • ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya.

Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Happy Teacher's Day

| Wednesday, May 16, 2007

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini Cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan seangkatan Cikgu. Berkhidmatlah demi menaikkan nama agama, bangsa dan negara.

p.s: Sapelah nak bagi hadiah kat Cikgu harini? huhuhuh

Tune

| Friday, May 11, 2007

Assalamualaikum

Cikgu dah kembali ke tempat kerja. Awal2 dah ambil cuti haritu balik kampung. Dah inform kat Ketua Jabatan tapi apa yang dirisaukan ialah tugas orientasi...langsung tak ucap takziah, bukan Cikgu mintak...tapi apa punya manusia la?

Persediaan untuk ambilan semester baru dibuat. 14 Mei adalah tarikh ibu bapa mengerumun tempat nih menghantar anak2 dengan penoh harapan didada.

Keadaan Cikgu serabot, orang yang bertembung pon bleh nampak Cikgu dalam kebingungan. Susah nak kembali kepada keadaan normal. Nape lah pale nih tak benti pikir? Takder distraction yang mampu mengalih tumpuan Cikgu sekarang nih...

Hujung minggu nih Cikgu nak dedikasikan untuk kembalikan mojo Cikgu. Taknak student baru kongsi apa yang Cikgu rasa.

Untuk kawan2 yang dok beri sapot, I love you all. Harap Mama ok kat rumah tuh. Risau keadaan dia plak...risau sangat.

Kehilangan

| Thursday, May 10, 2007

Assalamualaikum

Tanggal 7 Mei 2007 jam 6:20 ptg, Allahyarhamah Ninda Cikgu telah kembali ke Rahmatullah di Pulau Pinang.

I don't know what to say, it's just that I never gonna believe that I will never ever see her again...

Apapon, Cikgu redha dengan pemergian Ninda.

It's just that I never had the chance to say that I love her for the last time...

Semoga Ninda Cikgu ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin

It's true what they say, You'll never know what you've got till they're gone...

I miss her so much...I really do.

:'(

p.s: Thanks guys for your thoughts...I really appreciate it.

Nasib Baik

| Monday, May 7, 2007

Assalamualaikum...

Pagi2 Lagi Cikgu dah get ready nak servis keter kesayangan Cikgu yang dua pintu takder turbo tu. Rutin biasa untuk dapatkan servis terawal di bengkel.

Sesampai ke bengkel, aduhai...tuan punya kedai tak bukak lagi. Mekanik2 dia dah bersepah keliling kedai tunggu nak kerja.

Kalini memang buat major servis. Tengok enjin sebab ada menitik minyak2 itam. Dah diketatkan pon yang longgar2. Tukar minyak itam semi-sintetik, oil-filter original, bersihkan air filter dan isi air radiator.

Cikgu gak buat balancing ngan allignment tayar. Tengah2 buat balancing, ada satu tayar depan dah dalam kondisi nak meletop kata mekanik Cikgu tuh. Dah ada sedikit gelembung yang tak stabil akibat bunga tayar yang dah 'botak'. 'Botak' yang tak boleh diselamatkan lagi dah. Mekanik Cikgu cakap Cikgu amik corner laju tuh jadi camtuh...Apa2 la....lari lagi budget Cikgu.

Stok tayar tuh takder plak kat kedai tuh, kenalah tunggu amik dari stor kat Melawati. Tunggu tayar je berejam. Camner nak buat balancing ngan allignment kalau takder tayar??

Badan Cikgu dah bengkok dah dudok kat situ, nasib baik ada kedai mamak kat seberang bleh le gi minom2 dalam cuaca panas tadi.

p.s: Kalau Cikgu tak servis keter kat mana ek Cikgu nanti? Terjun gaung ke apa? Huhuhu

Spider-Man 3 Review

| Sunday, May 6, 2007

Assalamualaikum,


Cikgu ada janji dengan anak buah Cikgu untuk bawak tengok citer nih, al-maklumler dah dua movie dulu Cikgu bawak gi tengok wayang...so ke MidValley harini setelah booking tiket seawal 1.30 pagi Jumaat lepas secara online.

Memandangkan Cikgu nih seorang pembaca komik dan peminat Spider-Man yang boleh dikira berpengetahuan juga kalau orang tanya pasal latar belakang Spidey nih....ada beberapa perkara yang perlu dikomen.

Watak baru khas untuk Spider-Man 3

Bagi mereka yang tidak membaca komiknya, sudah tentu tidak akan mempersoalkan kewujudan New Goblin a.k.a Harry Osborn. Memang Harry dalam komik telah mengikuti jejak langkah ayahnya yang psycho. Tapi bukan sebagai satu character baru, Harry didalam komik telah mengambil semula identiti ayahnya Norman Osborn sebagai Green Goblin II. Satu pembaharuan yang dibuat pengarah kot.

Pemilihan Topher Grace sebagai Venom a.k.a Eddie Brock juga Cikgu rasa kurang sesuai kerana Eddie Brock asalnya adalah seorang yang bertubuh sasa dan tidak sekecil Topher Grace.

Selain daripada apa yang dipapar, memang Spider-Man 3 ini mempunyai jalan cerita yang paling menarik berbanding dengan dua filem yang terdahulu. Adakah Venom betol2 mati sedangkan Venom adalah watak musuh utama Spider-Man?

Meh Cikgu nak bagi hint....Spidey ada musoh lagi satu yang lebih ditakuti dari Venom. Namanya Carnage, dan Carnage tak mungkin wujud sekiranya Venom mati kerana mereka ada symbiote yang serupa. Venom dan Carnage a.k.a Cletus Kasady merupakan rakan sepenjara dimana sedikit symbiote itu Venom telah berpindah pada Cletus dan lahirlah Carnage. Tapi citer nih blom tentu lagi dibuat...hiks.

Adakah ini movie Spider-Man yang terakhir? Entah. Tapi musoh Spider-Man ramai. Bleh tgk kat sini untuk lihat senarai musohnya. Hiks.

Untuk penjelasan lanjut tentang dunia Spider-Man, klik sini dan baca.

Overall dari lima bintang, Cikgu bagi empat bintang untuk citer nih...

p.s: Tak sabar...ada lagi satu movie superhero...Fantastic 4: Rise of the Silver Surfer.

Sore Loser

| Saturday, May 5, 2007

Assalamualaikum...

Mengikuti perkembangan kepada tarikh keramat 24 Mei 2007 dimana Liverpool akan bertemu AC Milan untuk final Champions League.

Nampaknya pemain AC Milan sudah ingin memulakan perang mulut dengan melepaskan tembakan pertama melalui pemain tengah mereka, Gennaro Gattuso.

Biasalah bola, banyak psycho je lebih sekarang nak ganggu konsentrasi pihak lawan.

Gattuso dalam kenyataan berkata Manchester United mempunyai lebih banyak pemain berkualiti berbanding dengan pasukan dari Merseyside itu.

"I feel there is a noticeable difference in talent between Manchester United and Liverpool and that we have beaten the better side of the two," katanya.

Tambahnya apa yang berlaku dua tahun lepas itu sebagai satu nasib yang berpihak kepada Liverpool dan tak mungkin ianya akan berulang kembali.

"We were on top but in six minutes Liverpool changed everything. It was not meant to be. But it's impossible for it to be the same this time."

Hiks...nampaknya the war is on. Masih agak terlalu awal untuk bermain perang psikologi. Pengurus Liverpool Rafa Benitez sudah tentunya terlalu matang untuk terus menumpukan pada teknikal dan strategi menjelang final tersebut dari melayan perkara remeh yang belom tentu menjanjikan sebarang kemenangan.

Sore Loser??

Bola itu bulat, apa2 sahaja boleh berlaku dalam dunia bola sepak ini. Itu yang menjadikannya satu sukan yang paling Cikgu minat.
Viva Liverpool....huhuhu
p.s: Cikgu tak sabar nak bawak anak2 buah tengok Spiderman esok...hehehe

Kisah OKU kat Semayang Jumaat

| Friday, May 4, 2007

Assalamualaikum,

Harini semayang Jumaat Cikgu gi awal sket...nak claim tempat duduk....kat atas karpet, bibawah kipas dihadapan sliding door....selesa ada kipas bleh sandar.

Tempat tuh biasanya diduduki sorang pakcik nih yang ada masalah nak semayang secara biasa...kaki dia jam sket kot. So Cikgu pon pilih lokasi sebelah sket tempat dia...biarkan tempat tuh vacant untuk dia ler...

Beberapa minit kemudian dia pon sampe...terus dia duduk tempat feveret dia...semayang sunat. Cikgu plak dok diam je la...Pakcik nih yang selama nih Cikgu ingat pendiam je...tetiba tegur Cikgu...

"Dik...penah tgk henset OKU tak?", tanya Pakcik tuh.

Cikgu toleh, "Henset OKU? Iye ke?" (Sambil buat muka heran)

Pakcik tuh plak buat muka tak puas ati plak biler Cikgu tanya camtuh terus bawak kuar kad pengenalan OKU yang dikuarkan kerajaan. Ler Pakcik nih lain maksud Cikgu lain lak diterimanya.

Yang Cikgu maksudkan tuh henset dia...Ada ke henset OKU? Dari segi luarannya sama je macam henset2 lain.

Pakcik tuh pon explain ler...henset tuh pangkal dia 03...Aiks, macam nombor tepon umah je. Pakcik tuh citerla...banyak kelebihan, tepon nombor umah free, tapi tepon henset mahal. Untung gak ler Pakcik.

Baru Cikgu nak dok diam bertafakur, Pakcik nih tegur lagi. Adeh ada lagi nak disembangkannya. Dia bawak kuar lagi satu henset...Nokia 6680.

"Nak tengok muka Pakcik muda2 dulu?". Blom sempat Cikgu jawab dia dah tekan2 henset dia bukak gallery. Mak Aii...panjangnyer rambut. Mat Rock ke apa Pakcik nih. Sekali tgk macam ahli kumpulan Wings...dua kali tgk macam orang jahat dalam siri Pendekar Kundur plak...seram Cikgu.

Pakcik nih pon perkenalkan diri dia...namanya Ramli dan tanpa Cikgu tanya dia pon citer lah macam mana dia bleh jadi OKU. 11 tahun yang lalu dia eksiden kat area highway Damansara. Tersiat sana tersiat sini...dia kata dulu dia geng motor tapi bukan macam Mat Rempit. Cikgu konpius jap tapi tak tanya pape pon untuk elak perbualan jadi panjang dalam mesjid.

Dulu katanya dia semayang kat Mesjid taman lagi satu tuh tapi merajok sebab ada orang elak duduk sebelah dia sebab geli kot tengok keadaan kaki dia tuh. Cikgu steady je...no discrimination man. Tapi tak nafi Cikgu takot gak bile diceritakan camner eksiden tuh berlaku.

Pastu Pakcik Ramli nih citer lagi...dulu masa dia eksiden dia ada sorang isteri dan 5 orang awek. Pergh!!! Tak sangka ler, Pakcik tuh bukan ler hensem sangat pon, brutal ada la. Tapi lepas dia eksiden lima2 tinggalkan dia. Isteri dia je yang dok setia sampe skarang.

Tambah Pakcik Ramli lagi...dulu dia ada awek yang dah tukar status jadi anak angkat dia plak. Mane idaknya, Pakcik Ramli nih 62 tahun, awek dia tuh 22 tahun. Mesti Pakcik Ramli nih ayat power sampe pompuan muda camtuh pon bleh sangkut.

Cikgu terus diam sebab azan dah dilaungkan dan Cikgu. Mesjid Cikgu gi tuh canggih, khutbah dia ada LCD skrin lagi..huhuhu. Pakcik nih aduhai, khutbah dah start masih nak cakap ngan Cikgu. Cikgu tak cakap balik tapi angguk je lah...al-maklumler kalau cakap masa khutbah kurang pahala..huhuh.

Pakcik nih tanya Cikgu "Nampak ke tulisan kat LCD tuh? Mata Pakcik lepas eksiden kena operate keliling tak nampak sangat....tapi duit ngan pompuan nampak ler". Masya-Allah...terkezut Cikgu diam je la.

Cikgu jadi naik seriau duduk sebelah Pakcik OKU nih, teringat plak citer Susuk tengok semalam....wakakaka... Apapon Pakcik nih dah bagi bukak mata Cikgu sket. Apa yang Cikgu lihat pada dia, dia sangat konfiden bila bercerita. Keyakinan dia tuh mengagumkan. Kalau Cikgu takder nak citer panjang2 dengan orang yang tak kenal. Agaknya keyakinan dan keberanian dia tuh yang menjadikan dia itu seperti itu....hmmmm.

Biler Pakcik tuh bercerita, sebenarnya dia dah bagi Cikgu kelegaan, bahawasanya Cikgu masih bleh perbetolkan diri Cikgu sementara usia masih muda....(Muda ke???).

p.s: Nasib baik minggu depan dah start kerja, takot Pakcik nih terasa kalau Cikgu semayang kat tempat lain minggu depan....hiks.

Ayam + Kambing + Beg

|

Al-kisah...

Peristiwa ini berlaku apabila Samy Vellu membuat lawatan diplomatik ke India. Beliau menaiki pesawat ke India.

Semasa proses mendarat di lapangan terbang India, pesawat yang dinaiki beliau gagal dikawal dan terbabas ke hujung landasan. Juruterbang telah dilaporkan mati di tempat kejadian manakala Samy Vellu pula cedera parah. Rahang beliau dilaporkan telah tercabot akibat kemalangan tersebut dan sedang menjalani rawatan intensif di sebuah hospital terkemuka di India.

...beberapa bulan kemudian

Seorang wartawan telah berlepas ke India untuk mendapatkan status kesihatan Samy Vellu yang tidak pulang2 setelah kemalangan tersebut. Di hospital wartawan tersebut telah menjalankan satu sesi temuramah.

"Datuk Seri, bagaimana keadaan Datuk di sini? Apa perkembangan Datuk?? Datuk Seri...bila Datuk mau balik Malaysia? Semua menteri dan rakyat rindukan kepulangan Datuk?", tanya wartawan tersebut.

Samy Vellu yang masih belom mampu untuk menggerakkan rahangnya yang tercabot hanya mampu mengangkat tangan sebelom dia berlari keluar dari bilik rawatannya.

Dia kemudian membawa masuk beberapa objek untuk ditunjuk kepada wartawan tersebut.

Wartawan tersebut pon paham bahawa Samy Vellu ingin memberitahunya sesuatu.

Objek pertama Samy Vellu telah menunjukkan seekor ayam kepada wartawan tersebut dan wartawan tersebut mencatatnya. Setelah wartawan menunjukkan tanda OK, Samy Vellu pon mengheret objek kedua iaitu seekor kambing kurus masuk bilik dan catatan dilakukan. Kemudian Samy Vellu pon menyambar satu beg milik nurse di hospital tersebut dan menayangkan kepada wartawan tersebut.

Penat dengan tingkah lakunya Samy Vellu pon kembali baring rehat sambil wartawan tadi cuba untuk merungkai apa yang cuba diperkatakan oleh Samy Vellu tadi.

"Datuk nak cakap India memerlukan bantuan makanan dan beg ke??", sambil Samy Vellu menggelengkan kepala menafikannya.

Dalam usaha terakhir Samy Vellu untuk bagi wartawan itu paham dia menyusun kembali objek tadi sambil menuding2 jari untuk wartawan itu menyebutnya.

+


+

...setelah tiga jam, barulah wartawan tadi faham maksud Samy Vellu...



'AYAM'+'KAMBING' +'BEG'
=
"I AM COMING BACK"
[perlu disebut dengan lenggok Samy Vellu]


hehehehe....until then...peace

p.s: Cikgu tak suka biler rasa diri ditipu orang lain.

Dulu ISTANBUL Kini ATHENS

| Thursday, May 3, 2007

Adakah kita dapat melihat ulangan Final 2005? Harapan untuk menyaksikan "All English" final berkecai apabila Manchester United tunduk mudah 0-3 kepada AC Milan di San Siro menjadikan agregate 3-5.

Nemanja Vidic kembali ke posisi pertahanan setelah pulih dari kecederaan namun gagal mengekang kemaraan AC Milan menerusi pemain prolifik mereka Kaka. Kaka sekali lagi menjadi katalis dalam menghancurkan harapan Man Utd ke final apabila dia meneruskan kecemerlangan di peringkat Champions League ini apabila dia menjaringkan gol seawal minit ke 11.

Kembalinya Vidic tak mampu kekang Kaka

Pitch basah langsung tak membantu...

Gol2 lain dijaringkan oleh Clarence Seedorf pada minit ke-30 dan Alberto Gillardino menambah pada minit ke-79.

Malam yang buruk buat pemain Manchester United

Gandingan pertahanan yang tak menjadi...

"Penat je aku score minggu lepas...melepas..."

Pengurus Man Utd, Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa pasukannya adalah "second best" malam itu dan berkata...


"We gave away the goals cheaply and at this level you can't do that," he said.

"They were better prepared physically than us as they were able to rest players, while we've had to play the same ones for the past few weeks.

"I don't think we lacked in a physical sense, it was just that they were sharper to the ball.

"We were on the back foot all the time, but we gave the goals away cheaply and that was disappointing.

"For 15 minutes after half-time we were getting some momentum into our game, but we needed that goal to turn the game around and in fairness we didn't look like we were going to score it."


Keputusan ini bermakna AC Milan berpeluang untuk membalas dendam diatas kekelahannya kepada pasukan Liverpool 2 tahun lepas. Pada masa itu, mereka mendahului 3-0 dan kalah pada peringkat penalti setelah terikat hingga ke masa tambahan.


Berulangnya sejarah? Cikgu pasti AC Milan sudah belajar dari kesilapan lalu memandang rendah kebolehan pasukan seperti Liverpool. Dan sudah pastinya pasukan Liverpool 2005 dengan pasukan sekarang sudah mempunyai banyak perubahan dari segi pemain mahupun dari segi tektikal.


Semoga dengan bimbingan Rafa Benitez, Liverpool akan menunjukkan semangat yang lebih kental untuk mengulangi kejayaan 2 tahun yang lalu.

Bolehkan Liverpool membawa semangat ini....

ke sini????

yang penting Liverpool..."You'll never walk alone"

You'll Never Walk Alone...

| Wednesday, May 2, 2007

Yesslah!!!!

Cikgu dah agakdah...Liverpool mesti masuk Champions League final...huhuhu. Walaupon kurang cemerlang dalam Premier League, Liverpool mempunyai track record yang baik dalam kejohanan Champion League dimana Liverpool menang jauh lebih banyak berbanding mana2 pasukan Liga Perdana tuh...

Pasal itu keyakinan Cikgu tak goyah walaupon Liverpool kalah dalam pertemuan pertama.

Gol dari Daniel Agger, pemain pertahanan Liverpool telah menjaringkan gol pada minit ke-22 yang menjadikan kedudukan agregat terikat pada 1-1 yang telah mengheret perlawanan hingga ke masa tambahan dan akhirnya sepakan penalti.


Cayalah Gerrard...power assist tuh


Kecemerlangan di gawang gol oleh Pepe Reina sekali lagi terbukti apabila menyelamatkan dua sepakan penalti dari Arjen Robben dan Geremi.


Practice lagi ye Robben....Hiks.


...and Dirk Kuyt SCORES!!!!


Better luck next time Blues??


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Liverpool, Rafa Benitez...

"We had confidence because we had players who practice in every training session.
"He (Jose Reina) is a player that's always good with penalties. Every player and every supporter deserves the win - the atmosphere was amazing."

Jose Mourinho yang jelas kecewa pula berkata....

"It is a moment when everybody has to be strong.
"In extra-time we were the only team who tried to win, but football is like that and the penalty shoot-out is part of the game."

Liverpool sekali lagi telah membuktikan duit tak membeli segala2nya dan Liverpool adalah salah satu pasukan yang harus disegani di peringkat Champions League. Hehehe

Pendek kata Cikgu memang puas dengan keputusan tersebut dan Cikgu yakin Liverpool mampu menjulang kejuaraan Champions League buat kali kedua dalam tempoh 3 tahun...

...."You'll Never Walk Alone"